Wednesday, March 9, 2011

Doakan saya =)


Hari ni aku ada dua test. Ni pon bangun awal-awal pasal nak study sikit. Bagus kan aku ? HUHU. Okeh lah, nak sambung study. Doakan aku dipermudahkan segala urusan yer. Bye!


Tuesday, March 8, 2011

Dr. G memang terbaik. =)

Hari yang sangat penat. Biasalah, dugaan orang berpuasa kan ? Nampak sangat aku neh tak abes-abes lagi ganti puasa. HAHA. Tak per lah, lambat lagi puasa. Sempat lagi kot nak ganti. HUHU


Arini class start pukul 10. Class peralatan binaan. Sedang elok menyembang dengan kawan seblah tiba-tiba dapat arahan suruh baca nota sekarang sebab Dr. G Nak buat small test hari ni jugak. Haiih! Sesak nafas seketika. Tapi setelah dikhabarkan test tuh open notes, aku menjadi rileks semula. HAHA


Lepas kelas dengan Dr. G selama satu jam, ada pulak kelas class structural analysis. Hari nih aku duduk belakang nun jauh dengan puan yang mengajar kat depan. Pasai apa ? Pasal aku masuk kelas lambat. Jalan ngokngek ngokngek melenggang macam mak senah memang lah kan. So, Tak boleh salahkan sesiapa bila masuk tengok-tengok kerusi dah penuh. Sobsobsob.


Then pergi LAILEK. Kedai jualan barangan harian. Beli barang-barang yang aga-agak perlu selama satu minggu, terus pecut Mr. Bubu balik rumah. Niat dihati bukan nak terus study pasal test petang nanti, tapi nak qada' tidur punya pasai. Bagus kan ?? 


Bangun jer dah 2.30. Apa lagi, gelabah lah highlight mana yang patut kat nota tuh. Nanti senang nak cari dan melakukan kerja-kerja mengopy dan mengepaste. Senang hidup kalau setiap test macam nih. Runtuh lah harapan negara kalau semua student macam aku. Hiks!

Nampak tak aku study di situ ?? 
Alhamdulillah. =)

  
Amik masa satu jam jugak lah nak highlight semua yang aku rasa penting tuh. Then gelabah-gelabah siapkan diri untuk test petang tadi. Haih! Terasa masa cepat betul berlalu. =)

Khamis nih ada dua lagi test. Hadoi, semangat nak study tuh entah hilang kemana. Kelaut kah, sungai kah, shopping mall kah. Benci !! Dan sekarang jugak tengah memujuk diri sendiri untuk terus memfokuskan diri mengulang kaji pelajaran. HUHU


Walaupun ada sedikit kekecohan yang berlaku, tapi aku suka. Suka sebab test dia giler kentang punya senang. Open notes lagi. Rasa diri diperlihara, Alhamdulillah. HUHU Macam dah jauh terpesong dengan niat asal jer. Rasanya patut mengawal diri daripada terus melakukan dosa-dosa besar macam nih. HAHA. Babai !

Monday, March 7, 2011

Mesti kuat kalau nak hebat !

Jadi student memang busy kan? Assignment, kuiz, test, tutorial. Walamakk. Kalau tak cemerlang jugak aku nih, tak tahu lah nak cakap apa. Siang malam kelas. Tetiap minggu test. HUHU. Kalau bapak aku dengar mesti dia sejuk hati. Padahal die tak tahu anak dia nih paling pemalas nak buat semua tuh. Last-last minute baru kecoh nak buat. Dasar tettt betol. HIHI


Sekarang tengah buat assignment. Berlambak-lambat lagi tak siap. Nih baru satu per empat der. Kalau campur semua mau tak cukup tangan. Dengan tugasan group bagai. Busybusy. Nih nak cepatkan siap pon sebab submit khamis nih. Tuh yang kecoh-kecoh buat. Sebab khamis nih jugak ada dua test. Nanti tak sempat der. Risau jugak. *mengeluh


Bila dah pening kepala serabutserabut fikir pasal assignment, kuiz, tutorial, test, mula lah fikir mak kat kampung. HAHA. Mak doakan adik rah dipermudahkan semua urusan yer. Kita mesti kuat kalau nak hebat. Tak gitu ??



Bye!!
Assalamualaikum. 
=)


Nota kaki : Mahu sambung buat kerja.












Sunday, March 6, 2011

Rambut oh rambut.

Assalamualaikum. Wassup Yaw :D
 

Selama 22 tahun aku hidup kan, aku selalu ada masalah. Kamu-kamu pong mesti ada masalah jugak kan. Masalah peribadi, masalah perikemanusiaan, masalah peri-peri. Banyak kan ? Masalah aku dari dulu sampai sekarang masih lagi tak selesai-selesai. Masalah rambut. Damn jeh !!


Rambut aku sangat bermasalah. Geram tahu !! Kalau tak bercabang, mesti kering. Tak kering mesti berminyak. Tak pong masalah-masalah lain yang sepertinya kehilangan keaslian warna rambut. Sampaikan, penah ada orang cakap aku nih warna rambut. Jelas kan, betapa kritikalnya rambut aku. HUHU


Rambut aku sangat manja dan susah diuruskan. Kalau bershampoo tuh terpaksa pilih betul-betul shampoo mana yang sesuai. Kalau tak, tunggulah apa akibatnya. Takkan nak buat treatment manjang. Lemak lah ! Aku student weh! Ptptn pong tak layak. Mana nak korek duet buat rambut bagai ? Baju pong beli yang seploh-seploh hengget jew. Huisshh.


Ihsan dari : Encik google

Cantik kan rambut dia. Walaupun aku bertudung, aku harus juga menjaga kesihatan rambut aku. Tak lah sampai biarkan dia terabai macam sabut kelapa. HUHU. So, aku mesti, harus, dan wajib memilih shampoo yang betul-betul sesuai dengan rambut aku. Dulu daku pakai Dove. Lama jugak, dalam tiga tahun. Then Rambut rosak balik. Sekarang tukar L'Oreal. Not bad. At least tak lah menggerbang macam kak limah. Aku buat treatment pong setahun tiga empat kali jer. HAHA Amik syarat katakan. Nak buat tetiap bulan duit tak dop pulop.     :D


Huurmm. Rambut aku memang gedik giler sampaikan setiap tahun nak kena tukar shampoo ker memang aku yang tak gheti nak jaga rambut ?? Heh !


Saturday, March 5, 2011

suka !

Happy saturday !!

Owh! Hari ini aku di rumah sahaja. Malas nak keluar sebab tak ada mood nak berhuha huha. Kepada si budak kluang, jangan sentap eh. Kite tak larat lah awak. Hoho. Bangun jer dah tengahari. Guling-guling ngan dak yana, lepas tuh decide nak masak. Keluar beli barang pastuh masak.. !!



Menu hari ini. =)


Aku happy. Suka dapat makan ayam masak tempoyak. Heaven !! Ingat senang ker dapat makan masakan kampung macam tuh ? Ingat senang ker dapat masak heaven macam tuh? Ingat senang ker nak kumpul tempoyak, budu, belacan bagai kat umah sewa ? Korang mampu ?? =_=

Makan bertiga tapi macam makan berlapan. Tong teng Tong teng dah habis. Giler ahh. =))




*******


Tadi yana terpijak pokok pucuk ulam raja milik rumah sebelah masa dia nak alihkan kereta. Selepas berkali-kali enjin kereta itu mati *nervous gamaknya*, akhirnya dia berjaya alihkan kereta itu dengan stylo nya. Tahniah awak. 

Kepada bibik rumah sebelah, sorry ek. Kawan saya tak sengaja. Baru blaja bawak manual. HAHA

*******


Bye !

Friday, March 4, 2011

Gigih nak updated jugak. !

Kalau datang mood, hari-hari wajib publish post kan?
Tapi kalau dah tak ada mood, berminggu-minggu senyap ek.
Biasalah, lumrah. Itu lah manusia. =))

**********


Hari ini aku pergi Ledang. Konvoi dua buat kereta. Tak boleh story lebeh-lebeh pasal tak ada gambar. Member aku tak boleh transfer lagi sebab tak ada cabel. 

Esok ada booking lagi. Kawan satu daerah ajak keluar, teman dia. Nak beli barang katanya. Tapi rasa macam malas pasal ahad nak keluar lagi. Nak bagi support kat budak-budak CMC lawan bowling. Busy kan aku ?? Sila tabik spring empat kali ganda !!

**********


Ok lah.Dah lewat malam.
Anak dara tak boleh tidur lambat.
Tak elok untuk tumbesaran badan.
Bye. 
=))



Entry yang tak ada motif.
Jiwa celaru beb.

Thursday, March 3, 2011

Main Buih itu Seronok !!

Assalamualaikum. 
Selamat hari khamis.


Hari ini aku ada dua kelas jer. Sebab satu lagi kelas tuh cancel. Seronok kan dengar kelas cancel. Rasa macam nak melompat keanak-anakkan bila classmate announce tak ada kelas. HAHA


Tadi petang aku main buih dengan Mr. Bubu aku. Seronok !! Haip! Mr. Bubu tuh kereta kesayangan aku lah. Kereta yang bapak aku kasi pasai aku lepas masuk universiti. Comel kan bapak aku tuh. Hiks !!

Mr. Bubu kesayangan. *muah**muah*


Housemate aku pelik pasal apa aku suka cuci dak Bubu neh. Kalau tak seminggu sekali, mesti dua minggu sekali. Kalau tak basuh sendiri mesti hantar car wash. HUHU

Nak tahu sebab apa ??
  • Puas bila melihat keadaan kereta kesayangan bersih suci murni.
  • Tak suka kepada kekotoran. Yarrkkkkss !!
  • Berhasrat mahu menjaga keadaan dalaman dan luaran bubu dengan baik.
  • Dah nama pompuan. Mesti lah pembersih !!



Sudah dulu yer. Penat nih. Peluh pon tak kering lagi.
Babai =))

Wednesday, March 2, 2011

Tambah lagi satu.

Assalamualaikum.

Yeayyyy! Hooyyeeeeeaaaaaaaahhhhhhhhhh!!
Nampak tak? Nampak tak aku teruja? Teruja tahap gila. 
Giler kentang punye!

Tadi bangun-bangun tidur dapat satu message. Ingat dari En. singa, tapi sekali dari abang gua. HUHU. Punya la tunggu message dari dia kan, tiap kali massage masuk mesti 'berharap' massage tuh dari dia. Biasa lah, aku sekarang jadik awek terabai. HUHU

Massage tuh berbunyi ...


" Assalamualaikum, Alhamdulillah kak na sudah selamat melahirkan anak lelaki pada pukul enam petang "




Ini keluarga besar abang aku. Aku sayang askar-askar aku tuh.


Hooyeeahh! Aku suka !! tambah lagi sorang anak sedara aku, merangkap askar-askar 'bulian' aku. HIHI sukanya sukanya.
 
Tahniah tahniah dan tahniah. =))






Gambar baby tak ada pulak.
dan-dan pulak henpon abang aku rosak kan.
isk!

Tuesday, March 1, 2011

Damn !!

Geram! Dem banyak-banyak kali !!

Tetiba pulak aku mengamuk kan?  Yerlah, mane tak ngamuk. Tiba-tiba muka buku aku buat hal. Cam sial jer. Ce tengok nih. 


l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V
 
apa Cer ??

Bertukar jadik alien. Colour hijau lagi. Dah macam shrek dah aku tengok. Apa cer ?? Yang menambahkan kemusykillan, dia akan bertukar jadi alien pada page-page yang terpilih aje. Maksudnya, bukan semua orang leh tengok gambar alien aku nih. SEGOLONGAN aje ok!

Ada siapa-siapa boleh bagitahu tak kenapa facebook aku bertukar jadi ganas macam neh? HUHU. Apa sebab dia ek? Giler !!