Tuesday, March 8, 2011

Dr. G memang terbaik. =)

Hari yang sangat penat. Biasalah, dugaan orang berpuasa kan ? Nampak sangat aku neh tak abes-abes lagi ganti puasa. HAHA. Tak per lah, lambat lagi puasa. Sempat lagi kot nak ganti. HUHU


Arini class start pukul 10. Class peralatan binaan. Sedang elok menyembang dengan kawan seblah tiba-tiba dapat arahan suruh baca nota sekarang sebab Dr. G Nak buat small test hari ni jugak. Haiih! Sesak nafas seketika. Tapi setelah dikhabarkan test tuh open notes, aku menjadi rileks semula. HAHA


Lepas kelas dengan Dr. G selama satu jam, ada pulak kelas class structural analysis. Hari nih aku duduk belakang nun jauh dengan puan yang mengajar kat depan. Pasai apa ? Pasal aku masuk kelas lambat. Jalan ngokngek ngokngek melenggang macam mak senah memang lah kan. So, Tak boleh salahkan sesiapa bila masuk tengok-tengok kerusi dah penuh. Sobsobsob.


Then pergi LAILEK. Kedai jualan barangan harian. Beli barang-barang yang aga-agak perlu selama satu minggu, terus pecut Mr. Bubu balik rumah. Niat dihati bukan nak terus study pasal test petang nanti, tapi nak qada' tidur punya pasai. Bagus kan ?? 


Bangun jer dah 2.30. Apa lagi, gelabah lah highlight mana yang patut kat nota tuh. Nanti senang nak cari dan melakukan kerja-kerja mengopy dan mengepaste. Senang hidup kalau setiap test macam nih. Runtuh lah harapan negara kalau semua student macam aku. Hiks!

Nampak tak aku study di situ ?? 
Alhamdulillah. =)

  
Amik masa satu jam jugak lah nak highlight semua yang aku rasa penting tuh. Then gelabah-gelabah siapkan diri untuk test petang tadi. Haih! Terasa masa cepat betul berlalu. =)

Khamis nih ada dua lagi test. Hadoi, semangat nak study tuh entah hilang kemana. Kelaut kah, sungai kah, shopping mall kah. Benci !! Dan sekarang jugak tengah memujuk diri sendiri untuk terus memfokuskan diri mengulang kaji pelajaran. HUHU


Walaupun ada sedikit kekecohan yang berlaku, tapi aku suka. Suka sebab test dia giler kentang punya senang. Open notes lagi. Rasa diri diperlihara, Alhamdulillah. HUHU Macam dah jauh terpesong dengan niat asal jer. Rasanya patut mengawal diri daripada terus melakukan dosa-dosa besar macam nih. HAHA. Babai !

No comments:

Post a Comment