Friday, February 25, 2011

Bosan !!

Roommate tade. Dia balik kampung pagi tadi. Aku malas nak balik minggu ni. Sebab minggu lepas dah balik. Takkan nak balik lagi. Kampung aku jauh nun di sana. Kat Terengganu. Dah la minggu ni ada jom heboh kat sana. Benci! Time aku tak ada kat kampung lah dia duk sibuk-sibuk nak BERjom heboh. Time aku menetap selama 20 tahun kat sana tade pulak nak buat. Huh !

Hari ini aku dijaga sepenuhnya oleh kakak-kakak housemate aku. First time kot aku tinggal sorang-sorang ditemani kakak-kakak. Seronok! HAHA.


Isk! apa ni. Tak ada motif kan? Dah lah! 
Bye !!

Contest senyum tak nampak gigi

Assalamualaikum.

Tadi aku blogwalking. Ingat saja jer lah kan. Sebelum tidur, haruslah cuci-cuci mate dulu kan. Tiba-tiba aku terpandang satu contest kat blog si ain nih. Dia join. So, tanpa ragu-ragu aku pilih lah gambar-gambar yang bajet hot kat laptop aku nih. Aku tertarik dengan contest nih sebab aku suka snap pic yang senyum tak nampak gigi. Sebab tyme kecik-kecik, aku selalu tengok Model yang hot-hot tuh kalau pose mesti senyum tak nampak gigi kan? HUHU 



Ini dia tuan punya contest.
 Meh  TERJAH  blog dia


So, pic yang aku pertaruhkan ialah..

 Pic 1
 
Pic 2

 Pic 3



Okeh! DONE !!
Tiga gambar. Cukup lah kot. 
Kang letak banyak-banyak orang naik muntah pulak kan. 
HOHO


Sara mahu tag ...
.
.
.
.
.


Done !!
=)

Thursday, February 24, 2011

Macam mana pon, Itu aku.

Haip!

Sekarang kan, aku selalu terfikir. Aku ni jenis macam mana ek? Selama 22 tahun aku hidup, aku nih orangnya macam mana ek? Macam sia-sia jer aku hidup diri sendiri pon tatau macam mana. HAHA. Aku sendiri pon tak habis fikir sebab kejap-kejap aku berfikiran macam ni, kejap-kejap aku lain pulak. Penat kan jadi aku? Berubah-rubah setiap masa. HUHU. Hari ni aku nak cakap pasal diri aku sikit. Saja nak muhasabah. =)


Pose macam cantik jer. Poyo!


Aku seorang yang pemarah tapi cepat lembut. Macam softlan. =)

Eh? yer ke? Ada orang cakap aku ni cepat marah. Panas baran. Tak sabar, dan mudah tercabar. Hmm, betol jugak kot. Aku akui memang aku cepat marah. Pantang silap sikit, mesti rasa nak marah. Kadang-kadang kalau ajar anak buah aku math ke, science ke, mesti aku cepat jer nak melenting sampai nak nangis budak tuh. Sebab tuh cita-cita aku bukan cikgu. Aku nih garang waa cakap lu. Hihi, tapi baran aku sekejap jer. Swett tak aku? Wakaka.

Walaupun aku cepat marah, tapi aku cepat jer lembut hati balik. Bila dah marah, dan-dan pulak rasa bersalah. Pastuh mula la nak nangis, rasa diri paling kejam didunia. HUHU. Aku pantang orang pujuk, mesti cepat cair walaupon pada mulanya aku nak marah gila-gila. Kiranya, aku cepat marah tapi aku cepat jugak lembut hati. Pelik bukan ??



Aku seorang yang tegas tapi aku selalu tewas !


Bila ngan kawan-kawan, aku tegas sikit. Tegas ke? Ntah la. Yer lah gamaknya. HUHU. Kalau aku tak nak, aku memang tak nak. Dan aku akan pertahankan ketaknakkan aku tuh. HIHI. Tapi kalau ketaknakkan aku tuh boleh dipertimbangkan, aku akan cuba pertimbangkan untuk kawan-kawan. Aku tak lah sampai semua benda nak kena ikut cakap aku. Semua benda yang aku rasa betul tuh, aku paksa kawan-kawan aku suruh ikut cakap aku. Oh! Tidak sama sekali. Aku tak lah berkira sangat ngan kawan-kawan. HUHU. Kalau ngan family, kebanyakannya aku ikut cakap family. Yerlah, anak bongsu. Kadang-kadang keputusan yang aku buat tuh tak betol pong. :p



Aku seorang yang mudah terusik dan berair mata.


Aku sangat sensitif. Walaupon ramai orang cakap aku nih ganas. Bukan seorang OK! Tapi RAMAI orang cakap. So, betol la tuh gamaknya. Mungkin dari segi luaran aku nih macam ganas jer orang tengok. Gaya aku, watak aku, cara aku. Cepat melenting, mesti orang nilai aku nih ganas kan? Apa ada hal. Orang yang betul-betul kenal aku jer yang kenal aku nih macam mana. HUHU. Aku sangat mudah terusik jiwa raga. Betol! Tak caya? Ikut suka lah! Tapi keterusikkan aku tuh, aku diam jer. Buat tak tahu. Buat donno. Buat tak ada masalah. Kalau dah tak tahan sangat baru aku cerita kat sape-sape yang terdekat. HIHI. Giler lah, Poyo macam kuat je, tapi aku lembik kott !






Okeh, tuh jer lah dulu. Lain kali sambung lagi eh. 
Nak mandi dulu.
 BYE!

Salahkah Aku ?

Hai. Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Macam dah lama tak updated blog kan? Eh! Macam ker? Bukan dah memang lama ker? Oh! Abaikan. 

Erm. Disebabkan aku tak mengantuk lagi malam nih, aku nak tulis apa yang aku rasa. Agak-agak apa yang aku rasa sekarang ek? Rasa masam? masin? manis? pahit? Owh! aku sendiri pong tak tau apa yang aku rasa. HAHA mintak penampar tak aku? ilek. ilek. 

amik nih, aku kasi gambo.
Gambo yang tak de kena mengena dengan entry.
Apa ada hal.
=) 









Okeh, sambung mood balik. 


Sebenarnya...




Aku rasa serba salah sangat...


Aku kat sini (UTHM) selalu keluar malam. Kadang-kadang keluar tengah hari, petang sampai lewat malam baru ingat nak balik rumah. Walaupon banyak kali jugak parents aku pesan jangan keluar sangat, tapi nak buat macam mana, aku nak juga keluar. Alaa, kalau keluar pong bukan aku buat apa, aku pegi shopping sikit-sikit, karok, wayang, then makan-makan. Tuh jer. Aku bukan buat mende lain pong. Salah ker? Tuh kiranya aku ingkat pesanan parents aku ke? Kalau parents aku call tyme tengah keluar, aku cakap benar jer. Tak tipu. Boleh ke macam ni?? Boleh jer kan? Tak salah kan? HUHU

Lagipon kalau aku keluar bukan hari-hari pon. Weekend jer. Kadang-kadang kalau ada hal penting dan kebetulan jer aku keluar hari-hari. Isk! Macam keling tak ayat aku? HIHI Kadang-kadang rasa bersalah sangat sebab tak dapat jadi anak yang baik. Tak dapat jadi anak yang ikut cakap mak ayah. Tapi aku tak buat bukan-bukan. Aku cuma keluar enjoy-enjoy jer. Boleh? Haih!

Ni lah akibatnya kalau dah lama sangat tak balik kampung kan? Bila buat semua benda mesti terfikir tentang parents kat kampung. Buat itu rasa bersalah, buat ini pon rasa bersalah jugak. Macam banyak sangat tak kena. Macam semua yang aku buat tuh rasa bersalah jer ngan parents akuh. Haih! Kenapa mesti ada perasaan begitu? Normal kah aku? sobsobsob.

p/s : Kita rindu Mak Bab kita. =(


Wednesday, February 16, 2011

Keluar lagi.

Assalamualaikum.

Updated lagi! Kadang-kadang aku rajin updated sampai satu hari boleh mencecah 4 5 entry. Tapi kadang-kadang aku malas sangat nak updated sampaikan bersawang-sawang blog neh. Naseb lah dak belog, dapat owner cam aku neh. HUHU. Tadi balik rumah, terus crop-crop gambar. Saje suka-suka. =)

Harus menempek pic aku dulu. =)

Seperti yang diperkatakan, hari ini aku keluar lagi. Lepas kelas KENEGARAAN selama 45 minit, balik rumah kejap sebab housemate tukar pakaian, lepas tuh terus pecut Incik Bubu menuju ke terminal BP. Buat apa? Pergi beli tiket nak balik weekend neh lorh. Bukan takat beli jer, borong terus tiket tuh tau. 5 sekali kitorang beli. Naseb baik kaunter tiket tak jammed. Kalau tak mau tunggu sampai lobam kat situ. Dah lah kuanter tiket ********** kat BP selalu jer offline. Tak suka tau!


Abang tiket yang agak kerek. 
Tak pandang langsung muke gadis cantik kat depan die.
Malu barangkali. 
=)

Lepas tuh kitorang pergi makan. Lapar weh! Mana boleh tahan. Kesian perut kesayangan aku nanti. Tak sampai hati pulak nak mendera. HUHU. Then, singgah SUMMIT. Ingat nak usha beg, tapi mahal dowh. Terus sentap tak nak beli. Siap membebel lagi sebab harga mahal sangat. Tup-tup ternampak pulak slimbag lima belas hengget. Apa lagi, terus ku capai tanpa was-was. Rezeki rezeki.  =)


Lepas tuh singgah pulak BP MALL. Parking jer kereta, terus tukar beg baru. Kebetulan pulak slimbag tuh baby pink. Baju aku pulak purple. Apa lagi, teguh jer la. Bila dah yakin, tak kesah dah apa orang cakap. =)

K lah, bye!



 

Tuesday, February 15, 2011

Dalam SUKA ada DUKA

Assalamualaikum! =)

Malam semalam aku keluar. Hari ini aku keluar. Esok pong aku nak keluar lagi. Amboih! Gedik kan? Macam tak der kerja pulak hari-hari nak kene keluar. Malam semalam keluar atas sebab-sebab tertentu. Hari ini keluar sebab ada orang ajak, sebab nak carik hadiah untuk anak buah aku, hadiah kawan kepada kawan aku, dan banyak sebab lagi. Esok keluar sebab nak carik tiket. Yea! Tak sabar nak balik lah! =)

Tadi keluar berempat. Aku, yana dan dua orang kuncho-kunchonya.  Niat dihati nak beli birthday gift untuk anak buah gedik aku. Tapi lain pulak TERbelinya. Bukan untuk anak buah aku, tapi untuk aku. Haih! Napsu napsu. Abeh nak buat cam mano, eden carik tak jumpo-jumpo hadiahnyo. HUHU

Lepas beli barang yang aku berkenan sangat tuh, apa lagi. Pergi melantak lah pulak. Ingat mula-mula tuh nak makan dekat RAIL COFFEE tapi tutup lah pulek. Memang tak ada rezeki sungguh. Then pusing satu KLUANG cari kopitiam yang mana bukak. Alih-alih OLD TOWN jugak yang jadi pilihan. Seronok dapat makan! gagagagaga.

Suka pic nih sebab dia BLUR.  Credit tu tukang snap. =)


  Tekun mengisi borang makanan. HAHA


Perasan cantik sambil menunggu makanan. *thumbs up!


 Ini saya punya! Lapar. Nasi jadi pilihan. =)


Ini dah Yana punya. =)

 Bread yang sangat sedap! Habis dalam masa 5 saat. Sila percaya.




Lagi dua tak sempat snap. Dorang dah rembat dulu.
Saya suka makan! Makan itu nikmat. Kalau taknak percaya, sudah. =)
Yea! Saya suka!





 
Tapi...








Tadi kawan baik saya msg. Dia cakap dia sakit. Saya sedih sangat. Asal dia sakit, saya selalu jauh dengan dia. Saya doakan awak cepat sembuh! Saya tak nak kehilangan kawan yang macam awak. Saya sayang awak sangat! =)

Sunday, February 13, 2011

vrooommmm!!

Assalamualaikum!

Entry edisi menaip laju-laju. Jap lagi kene study. Tak abes lagi study weh. Esok ader test. Sementara menunggu azan isyak, jom kita berbelog walking yeahhhhh. Ermmm, tadi petang pegi jogging. Jogging ke? Tak lah, teman kawan jer. Nape aku tak jogging? Sebab aku ade test esok. Tak abes study lagia, nanti kang membongkang tak pasal-pasal tak leh jawab esok. Naye! Lepas tuh pegi main playground kat taman umah sewa neyh. Ramai dowh budak-budak. Dah jadik geng dah ngan dorang. HAHA

Esok ada satu kelas jer. Test petang, pukul 3 sampai 4. Yeea!! Lepas tuh leh lompat-lompat. Selasa cuti lagi. Yeeaaa!! Seronok-seronok. Tak payah pergi kelas. WUWU.
Ok lah. masa dah tamat. babai!





p/s : nanti dah free, nak BW sampai lobamm~ 

 


Saturday, February 12, 2011

Bila Hati Tidak Keruan.

Assalamualaikum.

Sekarang dah 2 pagi. Tapi mata tak lelap lagi. Korek punya korek laptop, jumpa gambar. Gambar hang out semalam. Apa lagik, edit la wehh. Nak buat camner kan, bila dah tak der kerja layan jer la apa yang ada dalam laptop neyh. Nak study malas pulak. Padahal isnin nih ada test. Tapi tak apa lah, esok masih boleh study lagi. HAHA

Dan sekarang jugak aku baru siap edit gambar. Gambar aku dengan roommate aku. Saje edit gambar. Tak boleh? Biar lah!   
 


cantik tak? cantik tak?

Aku berbaju kuning, roommate aku berbaju purple. 
Kami iras ker? Ada orang cakap kami kembar. Meh habaq mai kat cheq tang mana yang serupa tuh. 
HUHU.


Biasalah, budak baru belajar guna photoshop. Abaikan segala kecacatan. Lagi pong, aku edit suka-suka. Apa ada hal?. =))

Monday, February 7, 2011

dari TRG ke BP.

Assalamulaikum. Kalau tak jawab dosa tau. =))

 
Actually tak larat sangat nak update walaupon arini satu hari aku kat rumah jer. Mana tak nya, aku TERponteng kelas kot. Haiihh. Kalau mak bapak aku tau, mau putus leher aku neh. Huhu. Tak larat, tapi updated jugak kan? Hihi. Poyoosss!


Ready nak balik!!


Semalam ( Ahad ) aku bertolak dari Terengganu menuju ker Batu Pahat. Buat ape? Hai, aku kan belajar kat sana. Aku bertolak pukul 10 pagi. Seronok beb! Sebab aku tak payah naik bas ** **** yang setiap kali aku naik, mesti rasa nak termuntah. Huhu. Tapi kali ni still rasa nak termuntah. Sebab duduk dalam kereta 11 jam beb!!! Lama nak mampooooss! Bontot aku tak payah cakap lah. Naseb tak bernanah jew. Isk! Sumpah penat.


Dari gambang sampai ayer hitam jemmed manjang. Mau tak 11 jam aku dalam kereta. Jalan kaki pong lagik cepat aku rasa. Huhu. Hiperbola jugak aku kan? Heh! Tiga-tiga link sesak. Sampaikan lorong kecemasan pong dorang sebat. isk isk isk. Sabor jer lah.






Bersabar menunggu giliran.




Lokasi : exit ayer hitam.


Setiap exit kot jammed! Kalau time-time camnih, tak dapet den nak nolong eyh. Hanya mampu bersabar dan terus bersabar. Tak boleh nak ikut kepala sendiri, nanti buruk padahnya. Ecehh~


Bye!