Monday, January 31, 2011

Cubaan yang bagus.

Assalamualaikum.

Haip! Lama giler dah rasa tak hupdate blog. Bz mengalahkan menteri nak pilihan raya pulak. Huhu. Biasalah, kat kampung banyak kerja yang nak dibuat. Nak kena melayan karenah anak-anak sedara, shopping-shopping ngan akak, kemas rumah, masak, jaga kedai, Eh! Kita ada kedai tau. Tapi bapak kita punya. Tang masak tolong lah percaya bulat-bulat ek. Huhu

Cuti neh aku akan manfaatkan sepenuhnya. Cuti seminggu tuh. Bukan senang nak dapat cuti beb! Nanti balik tak balik lepas final. Cewah! Cam tahan la pulak aku tak balik kan. Paling tidak mesti rumah abang aku kat Putrajaya jadi tempat persinggahan aku. sabo jer lah dapat hadek manje cinonek cam aku neh. Huhu. =))

Cuti neh besh! sebabnya, aku tidak membuang masa aku dengan sia-sia. Jadi, aku isikan masa terluang aku dengan membuat aktiviti berfaedah apabila aku tidak ke kedai. Cam keling tak ayat aku? Ahh, tibai jer. Janji aku paham apa yang aku tulis. Hihi. Nak tau tak? Aku dah reti buat dadih. walaupon dadih tuh amatlah senang sangat nak dibuat, tapi aku risau jugak. Takot-takot tak menjadi. Tapi, berkat keazaman diri yang amat kuat, akhirnya dadih aku berjaya disiapkan dengan jayanya. Haha, poyo jer ayat. 

 Serbuk dadih yang boleh didapati di pasaraya berdekatan anda.






























Hasilnya....





















Tadaa !!!

 Yummyy!! Yuummmyy!!














  Sekarang, aku ngah tunggu kek aku masak. Haih! Lambat beno. Nak tau kek apa? Tunggu eh? Nanti kita bagitau. =)
Bye!





**psstt.. Kita dah pandai buat dadih
dah pro buat kek.
maknanya kita dah boleh kawen la ek?
* gatal * 

Tuesday, January 25, 2011

:((

Ya Allah..

Sesungguhnya aku insan yang sangat lemah. Aku insan yang paling bodoh. Aku insan yang sangat hina. Aku juga tergolong dalam golongan yang tidak bersyukur. Ampuni aku Ya Allah atas segala dosa yang telah aku lakukan. Sesungguhnya, Engkaulah yang maha Pengampun lagi maha Pemurah. sobsobsobss.





**aku bongok!
iskk!! jiwa kacau~

Sunday, January 23, 2011

Bila Tak Ada Koje.

Assalamualaikum, Selamat Pagi Isnin dan Salam 1 Malaysia.

Sekejap jer kan, dah hari isnin balik. Esok dah kene pergi kelas. Tapi, naseb baik kelas pukul 11. Boleh bangun lambat. Yeehaa! Eh? apa bising-bising? Ikut suka lah nak bangun pukul berapa. Nanti bila dah keja dah tak boleh tidur lama-lama. Hiks! Sara, Sara.. apa nak jadi ntah ngan ngko yek. Bila weekend bangun lambat, tak weekend pong still lambat jugak. Kata orang tua-tua, kalau bangun lambat rezeki susah nak masuk. Betol eh? Tapi kita still boleh bukak pintu, tingkap, or whatevar lah besar-besar. Nanti boleh lah rezeki tuh masuk ikot situ. Boleh? Hiks!

Hari ni kan AHAD, biasa kalo hari AHAD aku akan keluar merendekk ngan kawan-kawan. Tapi hari ni tak pulek. catat sejarah woi! Bangga mak! =)) Bosan tuh tak payah cakap lah kan. Tapi naseb baik DR. bagi assignment. So, satu hari aku gigih menyiapkan assignment tuh. Hebat tak? Hebat tak? wuwuwu. Then, bila dah malam tak tahu dah nak buat apa. Ajak roommate main mekap-mekap. 

aku : yanaaaaaaaaaa...
yana : ape?
aku : sara rasakan, macam nak main mekap-mekap jer.
yana : jomm!! ( laju beno kamoo yek )

Terus masuk bilik. Aku pong touch-up lah muka dia. Actually, aku bukan lah pandai sangat bab-bab neh. Tapi aku berminat. Sampai kawan-kawan aku cakap siap salah ambik course lagik. Haiyoooo! Tapi nak buat cam ner, memang aku dikira addicted weh. Memang suka benau tonyoh-tonyoh muka orang. Biasanya, roommate aku lah yang jadi mangsanya. Huhu. Sian dia kan. =)

Ni lagi sorang housemate yang kene conteng ngan aku



Nak buat macam mana, dah minat atenyee. Padahal aku kalau pegi class tak mekap pong. Tampal bedak, eyeliner, blusher, lip ice. Sudeeehh. Macam segan jer nak tampal mekap tebal-tebal pergi kelas. Wuwuwu. Waa tak der keyakinan diri untuk berbuat demikian. Maloo mak! Huhu. Kadang-kadang, kalau nak lepaskan gian, suka lar ajak kawan-kawan main. Kawan-kawan pong melayan jer lah haa. Huhu. Suka lah aku cam ni. Hiks!

Nak tengok hasil aku tampal-tampal mekap tadik? alaaaaa, sogan den. Huhuhu. Kalau cantik puji tau, kalau comot sila lah sekeh kepala sendiri. Boleh? Hihi.



























Taraaa!!!!
Kah kah kah. cepat cakap cantikkk!


Siap bertudung, berbaju bagai. Nih lah roommate aku. Nama dia yana. Nak ngorat? Haip!! tak buley! Dia dah berpunya. Hiks! Muka dia lah aku selalu tonyoh-tonyoh. Kadang-kadang nak try style mekup baru, dia juga lah jadi muka uji untuk aku. Eh? Kejam ke aku layan dia cam tuh? weeeee.

Sudah lah dulu. Mahu tidur.
Babai.
=))

 

Friday, January 21, 2011

Aku perempuan. Kamo lelaki.

Yuhuu. Jumpa lagi. =))

Malam nih nak cakap-cakap sikit. Biasalah, tak dapat membebel dalam satu hari, tak sah lah kan. Ada jer benda nak dicakapkan. Kalau tak mulalah badan rasa panas. Tak selera nak makan. Fikiran tak menentu. Haha. Over taw!

Erm, seriously aku tak paham lelaki nih. Lelaki nih macam mana ek? Kejap-kejap okeh, pastuh tak okeh pulak. Eii, susah nak paham. Kadang-kandang baik, tapi kadang-kadang jahat. Opps! Tapi tak semua lelaki lah macam tuh kan. Sesetengah jer. Kang kene serang pulak blog aku neyh. Mampos aku! **bajet popular lah tuh siap nak serang bagai. Perempuan pulak tak semuanya manis. Dan tak semuanya baik. Ada jugak yang macam haram. Nama jer pompuan tapi perangai? Allahuakbar. Macam-macam lah orang nih. Aku pon kadang-kadang perangai tak senonoh jugak. =)
 
Kenapa aku cakap camtuh? Errmm. Ntah lah. Aku punya suka lah nak cakap apa. Blog aku, aku punya pasal lah. Boleh? Haha. Macam mintak penampo jer aku kan. Hihi. Bagi orang yang couple, gaduh tuh perkara biasa. Couple yang tak pernah gaduh time BERcouple tuh adalah satu pasangan couple yang tidak normal. So, memang tak hairan lah kalau ada orang yang siap menangis, melalak, melolong bagai masa gaduh kan.

Cuba ingat balik, masa mula-mula couple dulu. Gaduh sikit mesti dapat coklat. Takpon dapat ais krim. Dapat teady bear. Dapat pujukan jugak. Contoh :

Alaa baby sayang, tak moo lah merajuk camtuh. Tak comey lah.

TAK PON

Aalahai sayang, sweet nya muka dia. Senyum sikit meh. alolololo

ATAU

Saya suka lah tengok awak merajuk. Cubet sikit meh. 


Tapi, cuba kalau dah enam tujuh tahun couple. Bila ada salah sikit, mula lah nak mengamuk tak hengat dunia. Tak payah mimpi lah boleh dapat aisk krim, coklat macam dulu dah. Tuh kalau salah sikit, cuba kalau TERsalah banyak. Silap-silap aribulan clash terus. Ya ampun! Selisih malaikat 44. Hiks!  

Isk, isk. Lelaki neh suka angen tak tentu pasal kan. Kalau dah tension, buat lah cara tension. Tak payah lah nak emo sana sini. Kalau masa zaman kegemilangan bercinta dulu, bukan main lagi manis berbicara. Huhu. Kononnya, lautan api sanggup diredah lah, masalah kamu masalah aku jua lah, setiap denyutan nadiku adalah nafasmu lah. EEee yyyuuuuuuuuuuu! Geli tau. Para lelaki kat luar sana, tolong lah jangan buat ayat macam tuh kalau korang tak maksudkannya. Yeek Yeek jer.

Kalau dah couple tuh, jagalah pasangan tuh elok-elok. Jangan mainkan perasaan orang tau. Tak baik. Dunia nih kecik saja. Kalau ALLAH nak balas, tak kemana. =)

K lah, nanti banyak pulak merepek.
Bye!







**Saya sayang Incik Singa saya, =)

Thursday, January 20, 2011

Tak Ada Tajuk.

Hai!

Jap lagi harus pergi kelas. Jap lagi tuh dalam setengah jam lah. Tapi tahap kemalasan melampau-lampau lah pulak. Tak nak pergi boleh? Tak ada sapa-sapa ke yang nak cakap class cancel petang neyh? Isk!  

Kelas pong 3 jam jer. Petang, satu kelas jer pulak tuh. Aihh, tolong lah. Tak nak kelas ari jumaat boleh? wuwuwu. Bazir je. Pergi kelas nak kena mekap lagi. prepare baju lagi. Minyak kete lagi. Aihhh.  Kalau tak, dah boleh merayap tau. Tak pong boleh balik kg. Isk!

Petang-petang blaja LAW. Uihhh! Memang dasyat lah tahap kemengantukan tuh. Macam apa lah kan. Benci tau. Eeiiikkk! Tak suka!!




**Tolong lah anta msg, cakap class cancel. :p

......

Salam 1 Malaysia.

Ada tak orang yang tak pernah bergaduh? Ada tak orang yang tak pernah rasa geram, marah, sakit hati, or blablabla.. Eh? Cam mana tak nak bagi gaduh ek? Ada kena makan supplement apa-apa tak? Huhu. Tapi, kalau saya ada semua perasaan tuh maknanya saya perempuan normal lah kan? Yeay!!


Saya gaduh bukan sebab bosan. Gaduh bukan sebab sengaja. Gaduh bukan sebab keegoan. Gaduh juga bukan sebab suka-suka. Tapi cuba awak fikir, sebab apa kita gaduh? Sebab apa saya hilang sabar? Sebab apa saya TERkurang ajar. Semua itu ada jawapannya. Cuma awak perlu fikir, dan terus berfikir.


Actually tengah geram. Geram pada siapa? Pada seseorang. Kenapa? Sebab dia sangat menggeramkan. Sangat tidak puas hati dengannya. Tapi selagi boleh sabar, saya tetap bersabar. Tapi kamo harus ingat, sabar kita ada hadnya. Sabar kita ada batasnya. Jangan menguji kesabaran kita. 

Awas!!!




Kawan ronggeng ketika aku sedang bermasalah. Thanx yaw!
 





**diam tidak bermakna saya mengalah.

Terpaksa. Pasrah.

Assalamualaikum.

Hari ini hari khamis. Hari cuti dan hari yang membosankan. Hari yang kene siapkan assignment! Urgghh. Malasnya. Kenapa mesti ada assignment? Kenapa mesti ada kerja? **Sebab ko tuh student. Sedor la sikit! :p

Next Week dah kena submit. Weekend nih bz. Kalau tak buat sekarang, nak buat bila? Kalau tak hantar tak dapat markah. Nanti failed! Banyak pulak kalau kan. Huhu. Tapi camner nak buat. Tadak mood. Haiyoo. Ada siapa-siapa mahu tolong? Wuwuwu. Nak jumpa En. Singa tak dapat pulak. Alahai. Tuh la awak. Sape suruh awak blaja jauh-jauh dari saya. Kan dah kempunan. Wawawa.

Tak apa lah. Harus tekadkan semangat! Mahu membina semangat kerajinan untuk menyiapkan assignment. Nanti dah settle, boleh fikir camne caranya nak jumpa my Incik Singa. =))

Chaiiyyoookkk!

Semangat! Lupakan yang lain.

Wednesday, January 19, 2011

Melayan Perasaan. ;p



Assalamualaikum.

Esok Thaipusam. Seronok, tapi bosan. Eh? Boleh ker cam tuh? Huhu. Esok cuti tapi tak ada program. Tak ada plan. Ingat nak jumpa En. Singa kita, tapi tak dapat pulak. Weekend neyh pong xdapat jugak. Agak-agak bila lah dapat jumpa dia ek. Kita tak bz, dia bz. Dia bz, Kita pulak yang free. Aih! Tak aci tau cam tuh. Tak suka taw! Naseb. Naseb.

Awak!!
Kita rindu awak!
Kita nak jumpa awak.
Awak janji nak jumpa kita.
Napa awak tak ada ngan kita sekarang?
Kita nak tengok awak lah.
Sobsobsobss












**Napa awak jauh ngan kita? 
Kita nak awak dekat ngan kita. 
 
 

Tuesday, January 18, 2011

jom pukul!

Hai.

Tade apa nak cakap pon sebenarnya. Saja gedik nak update. Suka hati aku lah! Actually tak ada mood sangat sekarang. Kenapa? Haih, jangan ditanya. Nanti lain jadinya. Isk! Sabo. Sabo. Apa nak buat ek untuk pujuk diri sendiri? Layan lagu? Makan banyak-banyak? Tengok movie? Buat bodoh jer? Huh!


Aku suka menatang neh! 
Tiba-tiba terjumpa pulak kan. Apa lagi, nasib ko ler wahai binatang. 
Jom pukul dia! 
Gagagaga..








**awak tak baik tau wat kita cenggini. Kita report kat mak kita.


 

Monday, January 17, 2011

Lagak si Budak Kecik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ni entry kedua aku untuk hari nih kot. Biala, ikot suka hati aku lah nak tulis banyak mana pong. Blog aku, aku punya suka lah. Huh! Teremo pulak. Dah, tarik nafas panjang-panjang dulu. Sebab entry ni memang panjang. Nanti semput tade bulan sabit merah nak tolong. =)


 *Budak Kecik*


Tomey tak budak ni? Comot tak si kecik ni? Cer teka. Cer teka sapa budak ni. Hah! aku tyme kecik-kecik dulu? Salah! Teettt! Huhu. Bukan lar, Budak kecik tuh anak sedara aku yang ker.. Erm, Ker enam. Haa, betol lah. Anak sedara paling bongsu dan opkos lah paling manja. Bukan setakat manja, mengada-ngada lagi. Tapi aku suka apa budak camtuh. Tomey!

Aku nak citer sikit. Tapi ni citer lama dah. Cerita tahun lepas punya der. Kalau roti dah berkulat hijau siap ada bunga-bunga ngan tanam-tanam bagai. Tyme tuh akhir sem dua since aku blaja kat UTHM neh.  Biasa lah, aku kan 'ashu' yang paling disayangi. Tiap kali cuti, nak balik kampung jer mesti belikan dorang hadiah. Eh! Perlu diingatkan. Anak buah aku ada enam orang okeyh! So, aku haruslah membeli hadiah keenam-enam orang tuh. Kalau tak sentap la dorang. Sian tau. Tamau la pilih-pilih kasih. Tak baik. Mak kita marah tau.

Then, aku belikan lah hadiah sorang satu. Sampai-sampai jer terus dorang serbu mintak hadiah. Dah macam pelarian kat Afganistan aku tengok sebab duk nadah tangan mintak adiah. Haha. Tiru perangai sapa ntah anak-anak buah aku ni. Buruk beno perangainya. Nak dijadikan cerita, anak buah aku yang bertuah *merujuk gambar diatas* boleh pulak takot ngan hadiah yang aku belikan tuh. Amboih hang, memilih noo. Abeh, tuh jer yang mampu cheq beli. Huh!


Ni lah hadiahnya..

Huduh ker? aku tgk cute jer. Just hitam jer sikit.
Ala, sikit jer pong. Tuh pong nk kecoh. 
:p


Mr. Bean punya teady bear. Awat ntah budak tuh takot sangat ngan teady tuh. Hitam sangat gamaknya. Tapi kiut apa. Tadak perasaan betoi anak sedara aku sorang neyh. Dah dia tak nak, aku simpan jerlah. Kasi letak klip rambut pink kat telinga dia. Perrggghhh! kiyut weh. Eh? tak buruk siku kan? Bukan aku mintak balik. Aku tolong simpankan aje. Huhu. Taknak bagi dia terasa punya pasai, aku belikan teady bear yang baru untuk die tyme cuti sem lepas. Nak tau teady apa? Nak? 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaa!!
picture ihsan dari google. =)


Haa, sebijik cam nih la aku belikan bear baru untuk dia. Cuma tangan dia tak naik ke atas lah. Huhu. Tyme dapat tuh dia suka gila kot. Ish! cam ni ek budak pompuan. Asal nampak Pinky-pinky sikit kompom suka punya lah. Dasar budak pompuan! Melayang lagik duet aku. Haha. Tak kesah lah, sebab sekarang budak tuh tak boley tido kalau tak ada Cik Dora dia tuh. Kadang-kadang, tyme makan, dengan dora-dora dia skali disuapnya. Haih! Runsing aku budak cenggini. 

Aku ingat budak-budak semua suka teady bear. Tak kesah lah macam mana pong. Rupa-rupanya tidak pulak. Ada jugak budak jenis demand cenggini. Haha.  Moral of the story nya, kenal pasti segala jenis kesukaan seseorang sebelum memberikan hadiah. Kan dah rugi kena beli dua kali.Wuwu. Padan muka aku. Gelojoh sangat pasai pa.

K lah, panjang sangat dah.
Bye!












 

Yea! saya suka.

Hye! Selamat hari selasa.

Petang semalam kan, aku pergi lah singgah kat satu blog tuh. Biasalah petang-petang kan. Mestilah blogwalking. Kalau tak, mau tido punya lah. Ni adalah salah satu tips bagi mengelakkan diri daripada tidur tidak sedarkan diri pada waktu petang yer. Dah nama pong blogwalking kan. Mestilah tengok-tengok blog dia dan baca dia punya entry kan. Menarik jugak. Dah tertarik, aku follow jer lah kan. Sumpah aku tak harapkan apa-apa balasan pong dari dia di atas kunjungan aku tuh. Aku follow pong dengan ikhlas apa. Amboih! Siap bersumpah bagaikan. Huhu. Tup-tup aku dikurniakan award. Terkejut dowh! Cheewahh! Tapi bagi sesetengah blogger, memang dah biasa dapat benda nih. Maklum lah, bloger baru atenyer.  Nak tengok cne rupa dia? Meh sini aku tunjukkan..

1.

2.
3.

4.
5.

6.
7.

8.
9.

Jeng Jeng Jengg..

Lip lap lip lap waa cakap lu. =)

Terima kasih akak baik hati sebab bagi award nih. Sila lah singgah. Tak rugi woo. Macam-macam ado. Hiks! Rasa dah macam artis pulak boleh dapat award bagai kan. First tyme beb. Gua excited neyh. Lantak orang lah nak cakap aku kecoh ker, kalut ker, over ker. Blog aku, aku punya pasal lah. Ngko ado? Nanti lain kali bagi lagi yer. Terima kasih banyak-banyak yer. I like you. Hihi.

Bye! 



**Lagi bersemangat nak berbelog. :p

Kata Orang.

Kata orang..

Nak berjaya kena usaha lebih. Tak boleh main-main. Tak boleh ambik hirau cakap orang yang mengutuk atau mengata jika kita rasa kita berada dijalan yang betol. Tak boleh jugak cepat putus asa. Tak boleh cepat melatah. Tak boleh jugak berangan-angan terlebeh. Tak boleh jugak malu tak bertempat. Juga tak boleh segan nak bertanya, berlagak pandai. Huhu. banyak pulak tak boleh nyer minah ni. Tapi betol apa.


Kata orang juga..


Bila dah berjaya jangan lah pulak sombong mengada-ngada. Tak boleh jugak buat muka ketat sentiasa. Nanti rezekipon ketat jer nak masuk. Bila dah berjaya juga, tak boleh lupakan orang yang selalu berdoa dan membantu kita. Tak boleh hidung tinggi, hidung kembang bagai. Mesti jugak selalu bantu orang yang memerlukan, dan tidak kedekut untuk mendoakan kesenangan orang lain. Tak boleh kedekut ilmu, nanti Allah S.W.T tarik balik nikmat yang DIA bagi kat kita. Tak takot? 


Dan ingat..


Jangan lupa bersedekah juga. Apa salahnya kalau kita kongsikan sedikit kesenangan kita untuk orang yang betul-betul memerlukannya. Tak luak pon kan? Jangan lupa juga untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri untuk pencapaian yang lebih baik. Harus selalu mengingatkan diri utuk sentiasa dekat dengan ALLAH supaya kita tidak lalai kemudian hari. 




 fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah. =)


**pesanan untuk diri sendiri. =)

Selamat Tinggal Sayang

Hye!

Tadi petang, sembang-sembang ngan kawan kat ruang tamu ghumah. Biasa lah, sebagai seorang student yang kaki tido, aktiviti melepak macam tuh amat diperlukan untuk menghindarkan diri aku daripada tido pada waktu petang. Atenyer aku kuat tido, letak kepala aje kompom lah zzZzzz kan. Eh? Ada tak siapa-siapa yang jual ubat yang boleh buatkan kita tak hengat nak tido bila takde kerja nak buat tyme petang-petang? Huhu.

Bukan tuh pong aku nak cerita sebenarnya. Yang aku nak cerita ialah pasal kasut aku. Sebenarnya, aku dah lama beli kasut tuh. Since sem dua tahun satu arituh lagik dah. Pembelian kasut tuh pon memang tak dirancang. Biasalah, asal weekend je mesti wajib pegi melabur saham dekat BP Mall tak pon Summit kat Batu Pahat tuh. Tengah-tengah jalan tuh kan, tiba-tiba ternampak pulak kasut tuh. Dah berkenan, murah, terus rembat lah kan. Padahal bila tengok-tengok balik, macam biasa jer kasut tuh. Tapi aku suka apa. That's why la aku beli. Huhu.

Pastuh, nak dijadikan cerita adalah seorang kakak budak ghumah sewa aku cakap nak beli kasut tuh. Bila dia dah try-try pakai kasut tuh, die cakap trus nak beli. Uiks! laju nau kamo yer. Aku jual murah jer. Berapa tuh tak yah cakap lah kan. Aku pon  pakai sekali aje kasut tuh. Tyme tuh pong pakai pasal nak photoshoot gedik-gedik ngan kawan-kawan aku. Sekali jer pon pakainya. Sayang jugak nak lepas, tapi bila dah pikir tak guna kan. So, jual jer lah. Tak payah wat semak-semak kat rumah dah.



  Cantek tak? Lawo tak? Lantak lah, dulu-dulu aku berkenan ape. Ko ado? =)




To kak yan : 
Terima kasih sebab beli kasut sara. Terimakasih jugak sebab masih nak beli walaupun sara dah cakap dah guna kasut tuh sekali. Dan terima kasih lagi sebab dah tambahkan pendapatan bulanan sara walaupun sekali. Hihi.


Ohh. Mama pasti merindui mu sayang. Duduk baik-baik dengan pengasuh baru kamoo ya. Jangan nakal-nakal tau. =)


Bye!

**psst : saje jer post entry nih sbb bosan + gedik mengada-ngada.

Sunday, January 16, 2011

Motif : Tak ada motif. =)

Assalamualaikum.


Sesuatu yang harus dibanggakan apabila aku membangunkan diri seawal jam sepuluh pagi pada hari minggu di rumah sewa. Perlu di highlightkan disitu yer. Bangun awal-awal kat rumah sewa tuh. Korang ado? Hihi. Pagi ker? Tak pagi sangat la kan. Tyme tuh dah pukul 12++ kot, tapi bagi aku pagi jugak lah. Tak kira, nak jugak! Pagi. Pagi. Pagi jugak! Huhu. Yerla, weekend-weekend neh kalo tak pukul satu or dua petang, memang tak bangun lah kan. Biasalah, student. Penat kot banyak kerja kene buat, malam dah lah tido lewat. Cheewah!


Bangun dalam pukul sepuluh plus-plus setelah dikejutkan oleh kak yan ngan kak wani. Tido mati gak aku kan, siap kene dua orang tolong kejutkan. Haha. Abaikan. Then terus mandi, siap-siap untuk pegi menabung di kedai Uncle Lailek. Rajin tak? Rajin tak? Cepat cakap rajin! Huhu. Dah siap, kitorang berempat which is kak yan selaku ketua rombongan, kak wani selaku setiausaha, yana sebangai bendahari rombongan dan aku? Opkos lah sebagai driver dorang.


Then drive la aku menyusur beberapa buah kampung untuk menuju ker pasar. Macam jauh jer bunyinya kan? Alaaa, tak jauh pon, dalam sepuluh menet dah boleh sampai. Lepas pegi cucuk duit semua bagai, singgah Wellward kejap. Wellward tuh macam mall la. Tapi die biasa-biasa aje. Kak situ kak wani beli barang sket. Then, pegi kedai Uncle Lailek. Sampai-sampai jer tengok orang melimpah ruah kat kedai tuh. Fulamak! Punya ramai orang kat kedai tuh. Nak kata murah, tak la sangat tapi berbaloi wa cakap lu. Nape? Sebab uncle kat situ baik woo. Dia salu potongkan harga kalo kitorang takde sen kecik. Haha.


Aku sebenarnya bukan rajin sangat pon nak bangun pagi-pagi neyh. Tapi memandangkan bekalan makanan kat dapur sudah menyusut, aku gagahkan jua semangat untuk pegi membeli barangan keperluan. Yerlah, atenyer duduk menyewa. Wajib lah berjimat + kedekut + taik idong masin. Kalo tak kopaak den. Belanja kat situ abesla jugak dalam lima puluh hengget sebelum didividekan kepada lima orang. Kira lah sendiri berapa aku kena bayar nanti. Haha. Beli apa jer, barang dapur jer pon. Tapi untuk bekalan dua minggu. Lepas tuh balik rumah terus masak. Pastuh makan. Huhu. Seronok dapat makan! :p


Dah la dulu, macam dah panjang sangat. 
Papai! =))

**pssstt! pic lupa nak snap. :p

Saturday, January 15, 2011

lega. senyum lebar.

Assalamualaikum.

Hai, saya sara. Budak empunya belog nih a.k.a pemilik tanah ladang pink ni. Sebenarnya, dah lama create belog ni, tapi tuh la. saja taknak hebohhebohkan lagi. **bajet pames jer, hot pong tidak. Hari-hari kot duk usha mana-mana blog yang ada sediakan tutorial. Lastly, terhasil lah jugak belog ni. haha kecoh jer kan? =)

so, tepat jam 8.30 malam mengikut waktu Malaysia bersamaan hari sabtu 15 january 2010 maka terhasillah ladang pink aku nih. Sebenarnya, aku saja jer buat belog nih. Tengok kawan-kawan ada, aku pon nak jugak kan. Cepat betol terpengaruhkan? haha. bialah, Terasa jugak nak berbelog-belog kan? hihi

K lah, malas nak type dah. 
Babai! 

Friday, January 14, 2011

i need a THINKING cap.

 
Ohh darlings!
im really need you to complete my header blog.
Please Please come to me wahai my dearest idea.
olololo. come come.

Langkah 1 sudah berjaya. Hoorey!

keBiasalah, blogger baru. semua benda taktau. Kosong! Nothing!
But now, dah dapat apa yang aku nak. Nak tahu apa? Alaa, malu lah nak cakap.isk isk! Plain Template lah! haha, kecoh kan aku. Orang lain berkebuk dah guna, aku baru terhegeh-hegeh carik kan. alaa, dah nama pon blogger baru. Ceewaah!


Sekarang tengah berusaha mengusha design header pulak. Susah gak kan nak dapat design yang sesuai. Aku pulak bukan lah kreatif sangat bab-bab camgini. huh! Tapi semalam sempat jugak belajar ngan tok guru aku. nanti-nanti lah aku aplikasikan. Cam banyak sangat step-step dia. Kompius i taw. Selalu buat i cenggini tau. tak suka tau! Teehhee, over tau aku ni. =))

k lah, nak sambung hiaskan belog. nanti dah cantik-cantik baru semangat nak nulis-nulis. 
bye!!

Saturday, January 8, 2011

Budak Baru Belajar.

Hai. Hallow. Yuhhuu. Meooww.
Sekarang gua dah ada blog beb! baru create malam tadi. 
Nilah akibatnya kalau dah register tapi class asyik cancel kan. Memang ada jer kerja nak dibuat.Yerlah, bosan kot. At least sekarang masa aku tak der lah terbuang sangat kan.
Sekarang, every minutes yang terbuang tuh 
aku akan gunakan untuk blog aku. Yerla, aku kan budak baru blaja, so banyak benda lagi yang aku tatau tentang blog neh.Ni pong tengah usha usha sikit.Ceh! Tanak tanya kawan tuh. Sombong aku kan. heh! Tak der la, aku sebenarnya nak buat suprise kat dorang.

Dorang sumer dah ada blog kot. 
Teringin jugak aku kan. heh! Blog dorang da santek santek semua. Malu ar gau cenggini. Blog gua cam haram jer. Ni tade, tuh tade. Pastuh tengok blog blog dorang, eh cane dorang buat ni cane dorang buat itu. hadoi. Sentap! haha Aku nak cuba buat sendiri dulu, kalau dah tak tau sangat baru jumpa tok guru. Baru betol kan. Mane boleh mintak suap jer. xsyiook!

K lah, nak try mengusha lagi. 
bubbye~