Monday, January 17, 2011

Selamat Tinggal Sayang

Hye!

Tadi petang, sembang-sembang ngan kawan kat ruang tamu ghumah. Biasa lah, sebagai seorang student yang kaki tido, aktiviti melepak macam tuh amat diperlukan untuk menghindarkan diri aku daripada tido pada waktu petang. Atenyer aku kuat tido, letak kepala aje kompom lah zzZzzz kan. Eh? Ada tak siapa-siapa yang jual ubat yang boleh buatkan kita tak hengat nak tido bila takde kerja nak buat tyme petang-petang? Huhu.

Bukan tuh pong aku nak cerita sebenarnya. Yang aku nak cerita ialah pasal kasut aku. Sebenarnya, aku dah lama beli kasut tuh. Since sem dua tahun satu arituh lagik dah. Pembelian kasut tuh pon memang tak dirancang. Biasalah, asal weekend je mesti wajib pegi melabur saham dekat BP Mall tak pon Summit kat Batu Pahat tuh. Tengah-tengah jalan tuh kan, tiba-tiba ternampak pulak kasut tuh. Dah berkenan, murah, terus rembat lah kan. Padahal bila tengok-tengok balik, macam biasa jer kasut tuh. Tapi aku suka apa. That's why la aku beli. Huhu.

Pastuh, nak dijadikan cerita adalah seorang kakak budak ghumah sewa aku cakap nak beli kasut tuh. Bila dia dah try-try pakai kasut tuh, die cakap trus nak beli. Uiks! laju nau kamo yer. Aku jual murah jer. Berapa tuh tak yah cakap lah kan. Aku pon  pakai sekali aje kasut tuh. Tyme tuh pong pakai pasal nak photoshoot gedik-gedik ngan kawan-kawan aku. Sekali jer pon pakainya. Sayang jugak nak lepas, tapi bila dah pikir tak guna kan. So, jual jer lah. Tak payah wat semak-semak kat rumah dah.



  Cantek tak? Lawo tak? Lantak lah, dulu-dulu aku berkenan ape. Ko ado? =)




To kak yan : 
Terima kasih sebab beli kasut sara. Terimakasih jugak sebab masih nak beli walaupun sara dah cakap dah guna kasut tuh sekali. Dan terima kasih lagi sebab dah tambahkan pendapatan bulanan sara walaupun sekali. Hihi.


Ohh. Mama pasti merindui mu sayang. Duduk baik-baik dengan pengasuh baru kamoo ya. Jangan nakal-nakal tau. =)


Bye!

**psst : saje jer post entry nih sbb bosan + gedik mengada-ngada.

No comments:

Post a Comment