Monday, January 17, 2011

Lagak si Budak Kecik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ni entry kedua aku untuk hari nih kot. Biala, ikot suka hati aku lah nak tulis banyak mana pong. Blog aku, aku punya suka lah. Huh! Teremo pulak. Dah, tarik nafas panjang-panjang dulu. Sebab entry ni memang panjang. Nanti semput tade bulan sabit merah nak tolong. =)


 *Budak Kecik*


Tomey tak budak ni? Comot tak si kecik ni? Cer teka. Cer teka sapa budak ni. Hah! aku tyme kecik-kecik dulu? Salah! Teettt! Huhu. Bukan lar, Budak kecik tuh anak sedara aku yang ker.. Erm, Ker enam. Haa, betol lah. Anak sedara paling bongsu dan opkos lah paling manja. Bukan setakat manja, mengada-ngada lagi. Tapi aku suka apa budak camtuh. Tomey!

Aku nak citer sikit. Tapi ni citer lama dah. Cerita tahun lepas punya der. Kalau roti dah berkulat hijau siap ada bunga-bunga ngan tanam-tanam bagai. Tyme tuh akhir sem dua since aku blaja kat UTHM neh.  Biasa lah, aku kan 'ashu' yang paling disayangi. Tiap kali cuti, nak balik kampung jer mesti belikan dorang hadiah. Eh! Perlu diingatkan. Anak buah aku ada enam orang okeyh! So, aku haruslah membeli hadiah keenam-enam orang tuh. Kalau tak sentap la dorang. Sian tau. Tamau la pilih-pilih kasih. Tak baik. Mak kita marah tau.

Then, aku belikan lah hadiah sorang satu. Sampai-sampai jer terus dorang serbu mintak hadiah. Dah macam pelarian kat Afganistan aku tengok sebab duk nadah tangan mintak adiah. Haha. Tiru perangai sapa ntah anak-anak buah aku ni. Buruk beno perangainya. Nak dijadikan cerita, anak buah aku yang bertuah *merujuk gambar diatas* boleh pulak takot ngan hadiah yang aku belikan tuh. Amboih hang, memilih noo. Abeh, tuh jer yang mampu cheq beli. Huh!


Ni lah hadiahnya..

Huduh ker? aku tgk cute jer. Just hitam jer sikit.
Ala, sikit jer pong. Tuh pong nk kecoh. 
:p


Mr. Bean punya teady bear. Awat ntah budak tuh takot sangat ngan teady tuh. Hitam sangat gamaknya. Tapi kiut apa. Tadak perasaan betoi anak sedara aku sorang neyh. Dah dia tak nak, aku simpan jerlah. Kasi letak klip rambut pink kat telinga dia. Perrggghhh! kiyut weh. Eh? tak buruk siku kan? Bukan aku mintak balik. Aku tolong simpankan aje. Huhu. Taknak bagi dia terasa punya pasai, aku belikan teady bear yang baru untuk die tyme cuti sem lepas. Nak tau teady apa? Nak? 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaa!!
picture ihsan dari google. =)


Haa, sebijik cam nih la aku belikan bear baru untuk dia. Cuma tangan dia tak naik ke atas lah. Huhu. Tyme dapat tuh dia suka gila kot. Ish! cam ni ek budak pompuan. Asal nampak Pinky-pinky sikit kompom suka punya lah. Dasar budak pompuan! Melayang lagik duet aku. Haha. Tak kesah lah, sebab sekarang budak tuh tak boley tido kalau tak ada Cik Dora dia tuh. Kadang-kadang, tyme makan, dengan dora-dora dia skali disuapnya. Haih! Runsing aku budak cenggini. 

Aku ingat budak-budak semua suka teady bear. Tak kesah lah macam mana pong. Rupa-rupanya tidak pulak. Ada jugak budak jenis demand cenggini. Haha.  Moral of the story nya, kenal pasti segala jenis kesukaan seseorang sebelum memberikan hadiah. Kan dah rugi kena beli dua kali.Wuwu. Padan muka aku. Gelojoh sangat pasai pa.

K lah, panjang sangat dah.
Bye!












 

No comments:

Post a Comment